Assalamualaikum wbt, dearest everybody yang membaca....
Agak lama sunyi sepi blog ne akhirnya aku datang kembali mencoretkan genta rasa hati. Mungkin sebab minggu study week telah bermula dan aku punya banyak waktu untuk berceritera atau mungkin ini adalah salah satu tempat aku meluahkan segala yang terbuku di jiwa.
berkongsi rasa di jiwa adalah satu terapi buat diriku supaya aku dapat menyalurkan seru yang datang pada tempat yang betu. SERU? seru apakah? hehe...
SERU yang mendebarkan
Melewati umur 23 tahun merupakan satu fasa yang amat getir buat semua insan. Dalam umur seperti ini banyak perkara yang dapat aku lakukan untuk aku sumbangkan bagi agama Islam tercinta. semasa muda ini lah tenaga yang ada harus dicurahkan dalam membangkitkan kegemilangan Islam kembali ke tempatnya. Tegaknya negara Islam itu apabila tegaknya Islam dalam diri kita sendiri. bersama menghidup suburkan nilai-nilai Islam dalam jiwa kita sebagai syabab at-taghir.
MANUSIA, iya ku juga manusia yang berhak secara fitrah terpanggil dengan seruan jodoh. JODOH sesuatu yang komplikated untuk dibicarakan. Atau lebih spesifiknya NIkAH!.. bagi aku ia merupakan suatu iakatan suci dan terpeihara. tapi bagi setiap individu aku yakin pasti ada pendirian tersendiri tentang nikah di usia muda. Aku mengatakan hal ini adalah subjektif untuk dinilai oleh setiap insan. masing-masing mempunyai pandangan peribadi berdasarkan latar belakang hidup, persekitaran, pengalaman hidup, dan ilmu yang terkandung dalam dada. Namun bagi aku, aku yakin jodoh itu akan datang apabila tepat pada masa, tempat dan orangnya tanpa di undang atau dengan undangan. Semuanya telah di aturkan oleh Allah SWT. Walaupun begitu, tidak sekali kurang ikhtiar untuk kita berusaha mencari yang terbaik buat anak-anak kita yang bakal menjadi khalifah di muka bumi ini.
Bagaimana pula usaha yang dimaksudkan?
Pertama sekali adalah DOA, iya pergantungan kita kepada Allah bagaimana??. sesekali ALlah ingin menguji kecintaan kita kepada-Nya dengan melambatkan orang yang teristimewa untuk hadir dalam hidup kita. kerana apa? kerana Allah mahu kita mencintai-Nya dahulu sebelum makhluk-Nya, agar kita lebih kuat menelusuri alam rumah tangga kelak. OMA (Oh My Allah). You just so sweet..
Kedua ialah dengan melihat calon-calon yang berpotensi untuk menjadi pasangan hidup kita. Lihat dari aspek akhlaknya, perwatakannya, personalitinya dan yang paling penting agamanya. jika kita memilih agama nya yang disaluti sisi akhlak Rasulullah walaupun secebis itu pastinya sudah cukup untuk kita menerimana seadanya. InshaAllah jangan terllalu memilih kerana kita sebagai manusia juga tidak pernah akan sempurna pasti ada kelemahan yang jika tidak dihijabi oleh Allah maka kita lah yang paling hina... Allah...Allah...
Ketiga, the most important and foremost ialah JOM BAIKI DIRI SENDIRI!!!! wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik itu janji Allah yang Maha menepati janji. Maka apa tunggu lagi jom jadi lebih baik setiap hari ^_^
TAPI!! tidak semestinya kita harus menunggu untuk diri menjadi sempurna tapi cukuplah jika usaha itu ada untuk ,menjadi yang terbaik buat bakal pasangan kita. Jangan tidak ada usaha langsung kerana jika kita menangguhkannya takut2 hanya kelemahan yang dilihat dari pasanagan kita....
Alla Kulli Hal semuanya datang dari Allah.. Jodoh dan maut ketentuan Allah. Jom menjadi lebih baik!

No comments :
Post a Comment