Wahai hatiku yang pemilik dan penciptamu adalah sama dengan pemilik dan pencipta hatinya. Adakah kau tenang memikirkan tatkala keluarganya mengetuk pintu untuk merisik? berhajatkan sekuntum bunga perindu syurga buat sang jejaka mereka. Adakah kau redha? kerana kau hati adalah milik Allah, pemilik segala jiwa. Menyerahkan pengabdianmu kepada Allah sepenuh jiwa raga dalam setiap istikarah dikeheningan malam itu untuk merelakan Allah sebagai Hak yang membuat pengadilan kepada hatiku dan hatimu.
Sesungguhnya, aku tidak mampu menentukan pilihan ini melainkan hidayah dan taufik daripada Allah yang maha pengasih maha penyayang. Semoga istikarah cinta ini menjadikan aku redha dan pasrah dengan apa pun kehendak Ilahi, kerana aku yakin janji Ilahi adalah pasti agar aku temui kebahagiaan yang hakiki.
Wallahuallam #_#,
Monday, August 27, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Aidilfitri Tahun ini
![]() |
sumber gambar : http://mytechknowledge.com/wp-content/uploads/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri-wallpapers-01.jpg
|
Kurang 5 hari lagi menjelangnya lebaran Aidilfitri, aidilfitri yang sepatutnya diraikan bersama famili tercinta, bersama sanak saudara dan insan tersayang tapi aku bakal jauh dari semua yang itu. Aidilfitri kali ini aku bakal sendiri.......
sendiri ??...
iya aku bakal sendirian. sendirian di perantauan jauh dari ibuku yang selalu aku doakan kebahagiannya di dunia dan akhirat, jauh dari pusara ayahanda yang hening di desa. Kali ini aku mungkin beraya di bumi-Nya yang bernama Kelantan bersama insan sebaik Ummi yang dikurniakan Allah kepadaku yang hina ini. tahun ini aku tidak balik beraya di kampung. Pasti rindunya sakit bukan??..='( kepalangnya sakitku di sanubari ini hanya ilahi yang lebih mengetahui.
kenapa xbalik ??...
itulah soalan yang aku sendiri sudah lali mendengarnya. Berbagai macam jawapan yang aku berikan kepada sahabat-sahabat yang bertanya mengapa aku tidak pulang sehingga lupa jawapan mana yang betul-betul tepat dengan alasan sebenarku..-_-!..dalam coretan ini biarlah aku membuka segala yang terpendam sebab musabab sebenarnya aku tidak pulang...
sebab 1 : aku ingin mentarbiah hati untuk duduk jauh dari famili.
aku sememangnya anak yang manja setiap tahun pulang 3, 4 kali dan semuanya di sponsor 100% oleh ibunda tersayang. Pada aidilfitri kali ne aku nak merasai beraya di perantauan, biarlah airmata ini tumpah pula di negeri orang lain di pagi hening hari raya nanti. Hati jangan terlalu manja biar sekali sekala merasa juga sakitnya apabila duduk bersendirian tanpa famili. Mungkin ada sesekali aku akan terfikir, kejamnya aku membiarkan ibundaku merindu di rumah. Apa yang boleh aku katakan sabarlah ibundaku, semoga pengorbanan yang aku lakukan dapat mentarbiah anakmu menjadi insan yang lebih tabah dan kuat mendepani cabaran yang baru sedikit ini. Ya Allah, semoga pahala amalku ini Kau salurkan kepada ibundaku di rumah..sabarkan dan tabahkan dan ubati hatinya dengan nur rahmat-Mu. mudah-mudahan aku berlaku adil kepada ibunda.
sebab 2 : aku mahu lari dari suasana "jahiliyah" di kampung
Kampung di mana aku dibesarkan. Bagiku tiada kampung yang seindah kampungku ini. Namun daki-daki "jahiliyah" masih tebal melekat dalam masyarakat yang hidup di dalamnya. Alhamdulillah aku anatara yang dipilih Allah SWT disuluh dengan nur Hidayah dan taufik-Nya dapat menghidupkan hati dengan roh Islam sebenar. Aidilfitri di kampung aku membolehkan sanak saudara yang bukan muhrim bersalaman seperti cousin, pakcik2 yang jauh antara lelaki dan perempuan dimana aku sangat tidak selesa dan tidak suka. Jika tidak disalam maka merajuk dan di katakan kurang ajar. Agak melampau... Tapi aku sedar mereka berada dalam keadaan tidak tahu dan aku sekali-kali tidak menyalahkan mereka. Malah, menjadi peranan aku untuk berdakwah dan menyedarkan mereka. Maka oleh itulah aku mencari kekuatan mentarbiah diri di negeri orang lebih2 lagi di Kedah ne. mencari kekuatan menjadi daie kontemporari yang serba boleh untuk berdakwah kepada mereka. Itu keazamanku. Sekarang, aku perlu menimba kekuatan dan pengalaman agar aku bersedia ke arah itu. satu perjuangan yang pasti. Pasti bersama sahabat-sahabat perjuanganku mempasakkan daulah Islamiah di Sabah khususnya di kampungku ^^,
sebab 3 : tiket aeroplane mahal der...:/
antara top 3 alasan aku x balik ne la dia..bajet x cukup nak balik. xmo menyusahkan ibunda lagi balik2 ibunda je yang sponsor tiket walupun dia sudi nak belikan untuk tiket aidilfitri. tapi aku memilih untuk menolak. biarlah ak belajar erti berdikari pula. Lagi pun semester ini terlalu banyak menggunakan yang namanya duit. test JPJ pun dah dua kali fail..ayoyoyo..xpe aku yakin apa yang Allah izinkan berlaku adalah yang terbaik buatku...aku je sebagai hamba yang dangkal ne masih x boleh lihat hikmah setiap ketentuan-Nya..allahurabbi..ya Allah padamkan dosa-dosaku agar tidak menjadi penghijab hatiku melihat kebesaran-Mu Allahuakbar...
penutup dah..
Apa yang aku harapkan pada aidilfitri ini tiada yang lain melainkan aku dapat mempelajari sesuatu dalam hidup ini supaya menjadi manusia yang kuat dan tabah sebagai prsediaan berjuang dalam amal islami. sesungguhnya kesakitan ini adalah sngat sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan dan membina kekuatan untuk mengangkat daulah Islam yang paling tinggi. aku juga berharap agar Ramadhan aku tahun ini lebih bermakna dan target untuk menjadi mukmin yang lebih bertaqwa akan tercapai...amin..
inallah ma assobirin ::
wallahuallam <3
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)
