Tuesday, November 16, 2010

Terlalu CINTA


 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat yang disayangi kerana Allah.

 Alhamdullillah dengan izin Allah dapat juga hamba menulis sesuatu dalam blog ne dan mungkin berguna untuk ummah. Berguna bukan untuk sekarang agaknya tapi mungkin di hari muka. Hari ini hamba nak menulis satu artikel yang dibaca sebentar tadi. Tajuk yang sangat dekat dengan hati seorang remaja yang bergelojak sanubari untuk mencari identity dirinya. Walhal, apa yang dicari hanyalah satu yang memang sudah terlalu dekat dengan dirinya. Dia mencari CINTA dan KASIH SAYANG. Namun adakah dua elemen ini dicari berpaksikan Allah atau nafsu semata. Hamba teringat satu kata-kata, “cinta Allah membawa bahagia, cinta manusia membawa kecewa”. 


Tapi bagaimana kalau sudah terlalu cinta......

Semuanya halal ketika bercinta. Tanpa segan silu mereka berkata, kenapa? Salah ker...kami bercinta?? Bukankah cinta itu kurniaan Tuhan, jiwa kita ni kan memerlukan cinta seperti mana jasad kita yang zahir ini memerlukan makanan. Bukan main lagi kalau berhujah mengenai cinta...betul agama tidak melarang kita bercinta, tetapi ingat cinta yang disemai sekarang adalah cinta terlarang.

AHHHHhhh.....jangan dihalang, sedangkan lautan api sanggupku rentasi, kalau saudari tidak percaya ambilah kapak belahlah dada, pasti didada saya tertera nama saudari, insan paling dicintai.......

Inilah kata-kata membunuh yang sanggup dilafazkan walhal amat mustahil untuk dilaksanakan. Yang menjadi persoaalan menapalah mereka yang mabuk dengan mudah mempercayai dan menerima kata-kata yang dilafazkan sedemikian? Bukankah cinta itu satu fitrah, jadi tidak salahnya kita ingin mencubanya. Fitrah diiringi dengan keinginan, keinginanan pila harus dituntun dengan syariat. Keinginan tanpa sempadan adalah firasat yang berlandasakan nafsu dan syaitan.

Manusia hari ini terlalu taksub dengan cintanya, sebagaimana Laila Majnun, Shah Jehan dan Taj Mahal yang amat mahalnya. Namun manusia sentiasa terlupa kepada yang memiliki cinta. Cinta berasal daripada kasih saying, yang mana ia terletak dibawah taklukan Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Seperimana kita terlalu asyik dengan hadiah yang kita terima hingga lupa untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada yang member hadiah kepada kita.

Cinta terlarang ibarat racun rumpai yang berbisa disemburkan kepada tanaman....yang pasti bukan sahaja pokok parasit dan lalang yang akan musnah, tanaman yang ditanam juga turut terkena tempias racun rumpai. Akhirnya menghasilkan buah yang pahit, masam, memabukkan dengan pelbai nama, perkara aneh dan menjijikan.

Apa yang tertera ini bukanlah cinta...semuanya nafsu belaka. Selagi belum ada ikatan yang sah, peliharalah dirimu, jangan dibiarkan nafsu menguasai diri dan syaitan mengambil kesempatan dalam ruang kesempitan. Bermuhajadahlah..’mujahadah itu pahit,  kerana syurga itu manis’. ..ambilah pengajaran ini agar digunakan dalam kehidupan seharian.................



“aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.....jika engkau hilangkan agama dalam dirimu......maka hilanglah cintaku padamu...” – IMAM NAWAWI

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencinta yang mencinta dan yang dicipta.”






“ kita leka dengan cinta manusia yang memenatkan....makin dikejar....makin lari....dah dimiliki...kena jaga separuh mayi....tapi CINTA Allah tetap abadi....CINTA-NYA tetap ada dan tak akan hilang.......itulah kasih tuhan.....Dia tetap member kerana saying pada hambaNya tak bertepi.... “

Kredit untuk : Minda Annisa, Lajnah Penerbitan Surau Al-Irfan. (2009). Petua Berwudhu’. KML.

Thursday, October 28, 2010

PETUA BERWUDHU’


Tahukah sahabat-sahabiah, salah satu syarat sah solat ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan mengambil wudhuk yang sempurna insyaAllah kita akan mendapat kekhusyukan dalam solat...

1.    1. Ketika berkumur, berniatlah dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

2.    2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Jangan Kau hitamkan mukaku ini”.

3.   3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “ya Allah, berikanlah aku hisab-hisab di tangan kanan ku ini”.

4.    4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “ ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab di tangan kiri ku ini”.

5.    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “ ya Allah, lindungi aku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu”.

6.    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “ ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini”.

7.    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, “ ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Muataqqim”.

8.    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “ ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.

SELAMAT BERAMAL


Kredit untuk : Minda Annisa, Lajnah Penerbitan Surau Al-Irfan. (2009). Petua Berwudhu’. KML.

Tuesday, October 12, 2010

Ajal itu, menanti kita.


ketika ajal datang tidak akan siapa  dapat menghalang




Setiap hari kita ketawa, bersenda dan tertawa lagi. Belum puas lagi, kita pula yang buat lawak sampai orang ketawa tak ingat dunia. Mungkin saat-saat ini sering sahaja kita merasa bahagia dan indah tanpa memikirkan sebentar lagi, beberapa saat lagi, sebentar detik lagi Sang Pencipta telah pun memerintahkan malaikat izrail yang tidak pernah derhaka untuk menjemput kita ke alam barzakh. Adakah pada saat itu, malalaikat akan menjemput kita dengan sapaan salam? alangkah beruntungnya jika kita termasuk dalam golongan ini, sudah ada bayang-bayang syurga menanti di sana.
Namun bagaimana pula, jika malaikat menyapa kita dengan sapaan yang kasar lebih kasar daripada seorang komando tentera lebih bengis daripada sesiapa yang dikatakan bengis di dunia. Pada ketika itu, bersediakah kita? siapkah kita? dengan segala macam soalan yang akan di lontarkan oleh munkar dan nakir di dalam liang kubur yang gelap gelita tanpa sebarang sumber cahaya. Apa yang kita bawa, harta yang banyak kah? tidak! kaum kerabat kah? tidak!! pangkat dunia kah ? tidakk!!! tidak dan bukan itu semua yang menjadi bekalan ke alam barzakh sana. pada ketika itu berdoa kita, "Aduh ya Allah tangguh kan dulu hari ini ya Allah aku belum siap lagi Ya Allah aku ingin beramal lagi untuk menyatakan cintaku pada mu Ya Allah. Aduh Ya Allah beri aku kesempatan kali ini Ya Allah!!!" kita menangis, merayu dan merayu. Tapi TIDAK! sekali-kali tidak akan ditangguhkan hari kematian setiap insan itu. Janji Allah dalam  kitab suci al-Quran sudah termaktub, surah Yunus:49 menyatakan "apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun".  Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Itu sunatullah, yang banyak amalannya InyaAllah dengan rahmat Allah pasti menjejak syurga . Yang banyak dosa dan maksiatnya masyaAllah neraka lah tempatnya ( aku berlindung kepada Mu ya Allah  dari neraka Mu yang keras ). Bukankah dalam al-Quran begitu banyak peringatan yang Allah berikan melalui kisah-kisah umat terdahulu. Bagaimana umat terdahulu yang diberi kesempatan bertaubat namun kembali kufur kepada Allah.  Walau apa pun, ketika ajal tiba, sesungguhnya tiada lagi kesempatan untuk bertaubat sahabatku.
Hanya amalan yang baik dan buruk sahaja peneman di sana, doa anak yang soleh sebagai penolongmu di sana, ada anak kah sudah jika belum bagaimana nasib mu?. Kau harap hanya pada sedekah jariah sebagai pemberat al-mizan, itu pun pernahkah kita bersedekah? ada! tapi itupun cuma seringgit, dua ringgit, aah tak sanggup nak bagi semua duit di kocek pasti ada yang tinggal. berupaya kah semua itu menjadi pemberat ketika di hari perhitungan kelak. Soal diri mu! soal dirimu sahabatku. Cepatkan taubat mu itu, jangan kau tangguh lagi.Kerana maut, apabila ia datang kepada mu nescaya tidak akan lewat walau sesaat dan tidak akan awal walau sedetik. Itu janji Rabb mu...Muhasabahlah wahai sahabatku...