Wednesday, December 12, 2012

Selamat Hari Jadi Amirah Zakiah

Assalamualaikum awak,

selamat hari jadi, selamat hari jadi amirah yang ke 5 tahun. 12.12.12 nice date. Semangat betul dia mahu buat bufday party. Dari awal pagi ingatkan semua orang yang dia bufday hari tu. kesian juga jadi kani pun buat la sikit jamuan untuk amirah ne. Fuh! salute la Amirah ne dari hal susun jamuan hingga la mengemas pinggan mangkuk dia tolong. tidak pernah-pernah pula dia rajin macam tadi. Anyway, Allah selamatkan kamu sayang selama 5 tahun ne.. Kalau la Amirah tahu yang Bufday ne maknanya umur kita dah semakin pendek dan ajal pun semakin dekat agak2 amira mau sambut bufday lagi ka?? 

1 hal lagi hari jadi ini sebenarnya adalah hari di mana kita hargai ibu kita yang susah payah bertarung nyawa melahirkan kita pada tarikh tu. Dalam perkataan lain hari ulang tahun kesakitan ibu melahirkan kita. Patutnya kita yang layan dia baik2 hari tu tapi ne terbalik mostly orang yang bufday pula nak minta dilayan macam puteri.. jangan marah ye sebab ramai yang tidak ingat pasal benda ne.. ok :)


Semoga besar jadi anak soleha walaupun kita balik2 gaduh kan mira hehehe *_*v
Amirah Zakiah dan abangnya Muhammad  Arif


Wassalam ^_^


Bersama ahli syurga..Qisya n Hazim

Assalamualaikum semua,

Semasa cuti ne aku dan keluarga pergi ke Restoren D'suang Souka uang maksudnya pantai kelapa dalam bahasa bajau di Kampung Kuala Abai. Aku sangat suka kampung ne sebab ia berdekatan dengan pantai yang sangat indah dan restoren ne pon berdekatan dengan paya laut masin. Cantik sangat, tidak putus-utus lidah mengucap zikir mengagumi kehebatan Pencipta keindahan alam ini. Restoren ini juga adalah jeti untuk ke Pulau Mantanani. Kalau ada siapa2 yang mahu pergi Dive kat sana bole pergi dari jeti ne. Huhu teringin sangat nak pergi pulau tu tapi tak tahu bila..InshaAllah dah masuk dalam list impian nak buat hehe..

suasana petang jam 5.30


pemandangan seindah wajah ibuku 

Selepas hampir 30 minit menunggu makanan kami pun menjamu selera. Lama tak makan Tom Yam bah.. seronok dan excited sangat sebab ini kali pertama kami makan sama-sama di Suang Souka. Kali ini istemewa sebab ada Qisya n hazim anak-anak buah yang berumur 9 bulan. Umur 9 bulan ne bole dikatakan ahli syurga sebab dorang bagaikan kain putih yang tiada dosa, setiap mata yang memandang pasti tenang tengok dorang ne sebab hati dorang masih suci dari dosa. comel2 juga tapi Hazim  sangat aktif berbanding Qisya yang baru timbang dekat klinik tu dah 9.4 KG dah dia huhu gumuk.. sangat best dipeluk hikhik..
Qisya Eryna comel!

Muhammad Hazim n maminya


Arif, anak buah sulung

Aimi tgk apa tu??

Qisya, Aunty Yah n Hazim
Anak buah yang not around are Muhammad Farish Danish n Nurfathiah Damia sebab dorang dekat Sandakan. Semoga semua anak-anak buah aunty Yah membesar jadi anak soleh n solehah berjaya dunia dan akhirat...

Wassalam ^_^ 

Saturday, September 29, 2012

parah!

keberkatan dan ilmu, sesuatu yang bagiku tidak boleh dipisahkan. Mengapa aku merasa tiada keberkatan dalm setiap ilmu yang aku timba. Tiada keikhlasan. Dimana harus aku cari? Aku merasa parah di hatiku, keras! apa harus aku lakukan????

taubat adalah penyelesaiannya...kembali pada Allah

Sunday, September 9, 2012

hati sakit lagi.

Hati ini terasa selalu disakiti...mengharapkan diri difahami mungkin tidak seperti yang diimpi...lebih baik menjadi orang yang memberi, memberi dan terus memberi....lupakan balasan manusia kerana balasan ilahi lebih bererti...duhai hati janganlah rasa disakiti kerana Allah sentiasa memberi kasih...

walaupun dia sentiasa mahu meletakkan salah itu di pundakmu, mahu lepas daripada mengaku "iya aku yang salah" biarlah aku yang beralah. Kerana kau adalah sahabatku. Sahabat yang banyak membantuku. Aku takut ini adalah cetusan rasa keegoaanku yang membatu seribu kata tanpa memberitahu hal hatiku pada mu. 

Semoga kelapangan dada ku dalam ukhwah kita dapat merisik rahmat Allah agar persahabatan kita tetap teguh di bawah sinaran neon cinta ilahi. Aku sayang kamu kerana Allah ,<3...

Namun aku tidak kecewa kerana aku masih punya Allah..

Monday, August 27, 2012

Hatiku dan Hatimu adalah milik-Nya

Wahai hatiku yang pemilik dan penciptamu adalah sama dengan pemilik dan pencipta hatinya. Adakah kau tenang memikirkan tatkala keluarganya mengetuk pintu untuk merisik? berhajatkan sekuntum bunga perindu syurga buat sang jejaka mereka. Adakah kau redha? kerana kau hati adalah milik Allah, pemilik segala jiwa. Menyerahkan pengabdianmu kepada Allah sepenuh jiwa raga dalam setiap istikarah dikeheningan malam itu untuk merelakan Allah sebagai Hak yang membuat pengadilan kepada hatiku dan hatimu. 

Sesungguhnya, aku tidak mampu menentukan pilihan ini melainkan hidayah dan taufik daripada Allah yang maha pengasih maha penyayang. Semoga istikarah cinta ini menjadikan aku redha dan pasrah dengan apa pun kehendak Ilahi, kerana aku yakin janji Ilahi adalah pasti agar aku temui kebahagiaan yang hakiki.

Wallahuallam #_#,

Tuesday, August 14, 2012

Aidilfitri Tahun ini

 sumber gambar : http://mytechknowledge.com/wp-content/uploads/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri-wallpapers-01.jpg



Kurang 5 hari lagi menjelangnya lebaran Aidilfitri, aidilfitri yang sepatutnya diraikan bersama famili tercinta, bersama sanak saudara dan insan tersayang tapi aku bakal jauh dari semua yang itu. Aidilfitri kali ini aku bakal sendiri.......

sendiri ??...

iya aku bakal sendirian. sendirian di perantauan jauh dari ibuku yang selalu aku doakan kebahagiannya di dunia dan akhirat, jauh dari pusara ayahanda yang hening di desa. Kali ini aku mungkin beraya di bumi-Nya yang bernama Kelantan bersama insan sebaik Ummi yang dikurniakan Allah kepadaku yang hina ini. tahun ini aku tidak balik beraya di kampung. Pasti rindunya sakit bukan??..='( kepalangnya sakitku di sanubari ini hanya ilahi yang lebih mengetahui.

kenapa xbalik ??...

itulah soalan yang aku sendiri sudah lali mendengarnya. Berbagai macam jawapan  yang aku berikan kepada sahabat-sahabat yang bertanya mengapa aku tidak pulang sehingga lupa jawapan mana yang betul-betul tepat dengan alasan sebenarku..-_-!..dalam coretan ini biarlah aku membuka segala yang terpendam sebab musabab sebenarnya aku tidak pulang...

sebab 1 : aku ingin mentarbiah hati untuk duduk jauh dari famili.

aku sememangnya anak yang manja setiap tahun pulang 3, 4 kali dan semuanya di sponsor 100% oleh ibunda tersayang. Pada aidilfitri kali ne aku nak merasai beraya di perantauan, biarlah airmata ini tumpah pula di negeri orang lain di pagi hening hari raya nanti. Hati jangan terlalu manja biar sekali sekala merasa juga sakitnya apabila duduk bersendirian tanpa famili. Mungkin ada sesekali aku akan terfikir, kejamnya aku membiarkan ibundaku merindu di rumah. Apa yang boleh aku katakan sabarlah ibundaku, semoga pengorbanan yang aku lakukan dapat mentarbiah anakmu menjadi insan yang lebih tabah dan kuat mendepani cabaran yang baru sedikit ini. Ya Allah, semoga pahala amalku ini Kau salurkan kepada ibundaku di rumah..sabarkan dan tabahkan dan ubati hatinya dengan nur rahmat-Mu. mudah-mudahan aku berlaku adil kepada ibunda.

sebab 2 : aku mahu lari dari suasana "jahiliyah" di kampung

Kampung di mana aku dibesarkan. Bagiku tiada kampung yang seindah kampungku ini. Namun daki-daki "jahiliyah" masih tebal melekat dalam masyarakat yang hidup di dalamnya. Alhamdulillah aku anatara yang dipilih Allah SWT disuluh dengan nur Hidayah dan taufik-Nya dapat menghidupkan hati dengan roh Islam sebenar. Aidilfitri di kampung aku membolehkan sanak saudara yang bukan muhrim bersalaman seperti cousin, pakcik2 yang jauh antara lelaki dan perempuan dimana aku sangat tidak selesa dan tidak suka. Jika tidak disalam maka merajuk dan di katakan kurang ajar. Agak melampau... Tapi aku sedar mereka berada dalam keadaan tidak tahu dan aku sekali-kali tidak menyalahkan mereka. Malah, menjadi peranan aku untuk berdakwah dan menyedarkan mereka. Maka oleh itulah aku mencari kekuatan mentarbiah diri di negeri orang lebih2 lagi di Kedah ne. mencari kekuatan menjadi daie kontemporari yang serba boleh untuk berdakwah kepada mereka. Itu keazamanku. Sekarang, aku perlu menimba kekuatan dan pengalaman agar aku bersedia ke arah itu. satu perjuangan yang pasti. Pasti bersama sahabat-sahabat perjuanganku mempasakkan daulah Islamiah di Sabah khususnya di kampungku ^^,

sebab 3 : tiket aeroplane mahal der...:/

antara top 3 alasan aku x balik ne la dia..bajet x cukup nak balik. xmo menyusahkan ibunda lagi balik2 ibunda je yang sponsor tiket walupun dia sudi nak belikan untuk tiket aidilfitri. tapi aku memilih untuk menolak. biarlah ak belajar erti berdikari pula. Lagi pun semester ini terlalu banyak menggunakan yang namanya duit. test JPJ pun dah dua kali fail..ayoyoyo..xpe aku yakin apa yang Allah izinkan berlaku adalah yang terbaik buatku...aku je sebagai hamba yang dangkal ne masih x boleh lihat hikmah setiap ketentuan-Nya..allahurabbi..ya Allah padamkan dosa-dosaku agar tidak menjadi penghijab hatiku melihat kebesaran-Mu Allahuakbar...

penutup dah..

Apa yang aku harapkan pada aidilfitri ini tiada yang lain melainkan aku dapat mempelajari sesuatu dalam hidup ini supaya menjadi manusia yang kuat dan tabah sebagai prsediaan berjuang dalam amal islami. sesungguhnya kesakitan ini adalah sngat sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan dan membina kekuatan untuk mengangkat daulah Islam yang paling tinggi. aku juga berharap agar Ramadhan aku tahun ini lebih bermakna dan target untuk menjadi mukmin yang lebih bertaqwa akan tercapai...amin..

inallah ma assobirin ::

wallahuallam <3






Wednesday, May 23, 2012

kurang tapi tambah

huhu...susahnya soalan exam tadi...matilah...habislah mengulanglah aku ne....camne aku bodoh sangat xle nk jawab soalan tu....padan muka aku tu la sape suh xstudy awal2..last minute je keje...you deserve this!!
tiba-tiba kak najwa yang berada ditepi ku melihat aku dengan pandangan kosong. "sabar Gadis mungkin dekat paper ne Allah kurangkan markahmu, mungkin Allah nak tambah markah dekat paper lain pulak". gadis terdiam. tercari-cari maksud tersirat disebalik kata-kata pujukan kak Najwa.
Keesokan harinya Gadis nampak girang sekali kerana sangat berpuas hati dengan usaha yang dicurahkan dalam paper exam terakhir yang baru habis 15 minit tadi. Gadis teringat pada kata-kata kak Najwa semalam. Mungkin inilah maksud kata-kata kak Najwa itu.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Manusia itu memang sifatnya kurang bersyukur dan sangat susah untuk bersyukur. Walaupun diberikan perak sebesar bukit tetap sahaja menginginkan  emas sebesar gunung. Berjalan dengan lagaknya di atas muka bumi Allah seolah-olah semua yang ada padanya adalah mutlak miliknya. Aduhai manusia sungguh hinanya engkau  berlaku sombong sedang semua itu hanya pinjaman sementara. Hitungi dirimu hari ini, berapa banyak dosa yang telah engkau lakukan hari ini? sedangkan setiap langkah, setiap hembusan nafas dan setiap aliran darah yang mengalir keluar dari jantungmu menuju ke seluruh tubuhmu itu adalah atas seizin-Nya Allah, adalah atas belas dan kasihnya Allah kepada hamba2-Nya. Namun kau masih berani untuk putus harapan pada-Nya, kau masih berani untuk suud'dzon dengan-Nya menghukum diri sendiri sedangkan Allah tetap kasih padamu. Dari cerita yang ana bawakan di atas (cerita betul tu =)) maka benarlah kata kak Najwa yang Allah akan tambah di mana yang kurang. tapi bukan di paper pertama yang kedua iya. Sememangnya sikap suud'dzon itu tidak baik kerana rahmat Allah itu sentiasa mengalir untuk hamba2-Nya setiap masa. bukan kah rahmat Allah itu sangat luas. lebih luas daripada syurga-Nya yang maha luas. Masalah dunia akan menjadi kecil apabila kita memikirkan soal urusan akhirat yang lebih besar...subhanallah...ana sangat sayang pada Allah...Ana sangat cinta pada Rasulullah....Terima Kasih ya Allah...Semoga Allah memberikan kita ketabahan dan kekuatan untuk mencintai-Nya dan Rasul-Nya..

Wallahuallam...<3
kredit picture for :
http://yanmieonline.com



Saturday, May 5, 2012

kau yang bergelar mujahidah

wahai para mujahidah kibarkan semangat perjuangan mu

langkah dengan penuh keyakinan ke hadapan

berdiri dengan kejapnya kefahaman di jiwa

menyahut seruan ikhlas jihad sebagai nahnu jundullah

menerobos setiap cabaran dunia yang menyesakkan

menghembus angin kekuatan buat para mujahid setia

melihatmu mengingatkan mereka pada janji yang Maha Menepati Janji

melaungkan takbir memecah suasana yang permai penuh kebingungan.

Wahai mujahidah engkau tonggak agama

persiapkan dirimu buat pendamping sang mujahid setia

bersama meniti medan tarbiah dan dakwah bersama

demi mencapai mardhotillah sehingga bergandingan ke Jannah nan indah..<3