Wednesday, April 30, 2014

Apabila seru itu memanggil

Assalamualaikum wbt, dearest everybody yang membaca....

Agak lama sunyi sepi blog ne akhirnya aku datang kembali mencoretkan genta rasa hati. Mungkin sebab minggu study week telah bermula dan aku punya banyak waktu untuk berceritera atau mungkin ini adalah salah satu tempat aku meluahkan segala yang terbuku di jiwa.


berkongsi rasa di jiwa adalah satu terapi buat diriku supaya aku dapat menyalurkan seru yang datang pada tempat yang betu. SERU? seru apakah? hehe...

SERU yang mendebarkan

Melewati umur 23 tahun merupakan satu fasa yang amat getir buat semua insan. Dalam umur seperti ini banyak perkara yang dapat aku lakukan untuk aku sumbangkan bagi agama Islam tercinta. semasa muda ini lah tenaga yang ada harus dicurahkan dalam membangkitkan kegemilangan Islam kembali ke tempatnya. Tegaknya negara Islam itu apabila tegaknya Islam dalam diri kita sendiri. bersama menghidup suburkan nilai-nilai Islam dalam jiwa kita sebagai syabab at-taghir.

MANUSIA, iya ku juga manusia yang berhak secara fitrah terpanggil dengan seruan jodoh. JODOH sesuatu yang komplikated untuk dibicarakan. Atau lebih spesifiknya NIkAH!.. bagi aku ia merupakan suatu iakatan suci dan terpeihara. tapi bagi setiap individu aku yakin pasti ada pendirian tersendiri tentang nikah di usia muda. Aku mengatakan hal ini adalah subjektif untuk dinilai oleh setiap insan. masing-masing mempunyai pandangan peribadi berdasarkan latar belakang hidup, persekitaran, pengalaman hidup, dan ilmu yang terkandung dalam dada. Namun bagi aku, aku yakin jodoh itu akan datang apabila tepat pada masa, tempat dan orangnya tanpa di undang atau dengan undangan. Semuanya telah di aturkan oleh Allah SWT. Walaupun begitu, tidak sekali kurang ikhtiar untuk kita berusaha mencari yang terbaik buat anak-anak kita yang bakal menjadi khalifah di muka bumi ini. 


Bagaimana pula usaha yang dimaksudkan?

Pertama sekali adalah DOA, iya pergantungan kita kepada Allah bagaimana??. sesekali ALlah ingin menguji kecintaan kita kepada-Nya dengan melambatkan orang yang teristimewa untuk hadir dalam hidup kita. kerana apa? kerana Allah mahu kita mencintai-Nya dahulu sebelum makhluk-Nya, agar kita lebih kuat menelusuri alam rumah tangga kelak. OMA (Oh My Allah). You just so sweet..  

Kedua ialah dengan melihat calon-calon yang berpotensi untuk menjadi pasangan hidup kita. Lihat dari aspek akhlaknya, perwatakannya, personalitinya dan yang paling penting agamanya. jika kita memilih agama nya yang disaluti sisi akhlak Rasulullah  walaupun secebis itu pastinya sudah cukup untuk kita menerimana seadanya. InshaAllah jangan terllalu memilih kerana kita sebagai manusia juga tidak pernah akan sempurna pasti ada kelemahan yang jika tidak dihijabi oleh Allah maka kita lah yang paling hina... Allah...Allah...

Ketiga, the most important and foremost ialah JOM BAIKI DIRI SENDIRI!!!! wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik itu janji Allah yang Maha menepati janji. Maka apa tunggu lagi jom jadi lebih baik setiap hari ^_^
TAPI!! tidak semestinya kita harus menunggu untuk diri menjadi sempurna tapi cukuplah jika usaha itu ada untuk ,menjadi yang terbaik buat bakal pasangan kita. Jangan tidak ada usaha langsung kerana jika kita menangguhkannya takut2 hanya kelemahan yang dilihat dari pasanagan kita....


Alla Kulli Hal semuanya datang dari Allah.. Jodoh dan maut ketentuan Allah. Jom menjadi lebih baik!

Wednesday, April 3, 2013

Bab 1 : Jamal Abdul Nasser Membenciku

Bab 1 : Jamal Abdul Nasser Membenciku

Apabila tersedar daripada koma akibat kemalangan yang di rancang dengan teliti oleh konspirasi pihak pemerintah Mesir, Zainab al-Ghazali di khabarkan dengan satu berita yang mengejutkan oleh setiausahanya bahawa Markaz Am Jamaah Muslimat akan dibubarkan atas keputusan kerajaan Jamal Abdul Nasser. Beliau dengan tenang berkata :

"Alhamdulillah yang telah menjadikan dia takut dan membenciku. aku juga membencinya kerana Allah. malah disebabkan sifat keterlaluannya, ia menambahkan lagi keazaman kita. Di samping itu, kita juga mendapat lebih kepuasan dalam menghayati dakwah ini. itulah dakwah tauhid. kita akan menang dengan izin Allah SWT. Pengorbanan paling mudah bagi kita untuk dakwah ini ialah menjadi syahid di jalan-Nya".

pengajaran 1 --> kita hendaklah sentiasa tenang dan jangan cepat menghukum dalam apa juga keadaan.

pengajaran 2 --> bersangka baik dengan Allah

pengajaran 3 --> kebergantungan sepenuhnya pada Allah

pengajaran 4 --> cukuplah kata-kata beliau memberi makna yang mendalam buat para daie dan duat..

bersambung...

# Semoga kita sabar dan istiqamah dalam perjuangan ini

Intro "Hari-hari dalam Hidupku"

assalamualaikum shbt2..kesiannya sunyi je kan wall blog kita ne..hehe..
skrg ana sedang dlm proses mbaca buku "Hari-hari dalam Hidupku" karya Zainab al-Ghazali, susuk tubuh yang banyak menderita meninggikan kalimah Allah di Mesir..
Insya Allah ana akn mencoretkan setiap pengajaran yg ada dalam buku tu buat renungan kita bersama... pada masa yg sama motivasi tuk ana rajin mmbaca hehe ^^..

Semoga sebuah kisah benar tentang liku2 penyeksaan beliau dalam penjara Jamal Abdul Nasser di Mesir menjadi ibrah buat kita semua....

Saturday, January 26, 2013

Mahabbah untuk Rasulullah

Semoga yang ku rasa ini adalah mahabbah...jangan aku silap bahawa ini adalah sebenarnya mahabbah..mahabbah Rasulillah.. kerana cinta ini bagaikan embun yang menyegarkan didinihari...membangkitkan satu semangat buat si mujahid muda berjuang dan terus berjuang di medan amal..meneruskan rantaian perjuangan baginda..demi sebuah cinta kepada Rasulullah.. menefestasi sebuah cinta itu adalah perjuangan untuk meraihnya...



Wednesday, December 12, 2012

Selamat Hari Jadi Amirah Zakiah

Assalamualaikum awak,

selamat hari jadi, selamat hari jadi amirah yang ke 5 tahun. 12.12.12 nice date. Semangat betul dia mahu buat bufday party. Dari awal pagi ingatkan semua orang yang dia bufday hari tu. kesian juga jadi kani pun buat la sikit jamuan untuk amirah ne. Fuh! salute la Amirah ne dari hal susun jamuan hingga la mengemas pinggan mangkuk dia tolong. tidak pernah-pernah pula dia rajin macam tadi. Anyway, Allah selamatkan kamu sayang selama 5 tahun ne.. Kalau la Amirah tahu yang Bufday ne maknanya umur kita dah semakin pendek dan ajal pun semakin dekat agak2 amira mau sambut bufday lagi ka?? 

1 hal lagi hari jadi ini sebenarnya adalah hari di mana kita hargai ibu kita yang susah payah bertarung nyawa melahirkan kita pada tarikh tu. Dalam perkataan lain hari ulang tahun kesakitan ibu melahirkan kita. Patutnya kita yang layan dia baik2 hari tu tapi ne terbalik mostly orang yang bufday pula nak minta dilayan macam puteri.. jangan marah ye sebab ramai yang tidak ingat pasal benda ne.. ok :)


Semoga besar jadi anak soleha walaupun kita balik2 gaduh kan mira hehehe *_*v
Amirah Zakiah dan abangnya Muhammad  Arif


Wassalam ^_^


Bersama ahli syurga..Qisya n Hazim

Assalamualaikum semua,

Semasa cuti ne aku dan keluarga pergi ke Restoren D'suang Souka uang maksudnya pantai kelapa dalam bahasa bajau di Kampung Kuala Abai. Aku sangat suka kampung ne sebab ia berdekatan dengan pantai yang sangat indah dan restoren ne pon berdekatan dengan paya laut masin. Cantik sangat, tidak putus-utus lidah mengucap zikir mengagumi kehebatan Pencipta keindahan alam ini. Restoren ini juga adalah jeti untuk ke Pulau Mantanani. Kalau ada siapa2 yang mahu pergi Dive kat sana bole pergi dari jeti ne. Huhu teringin sangat nak pergi pulau tu tapi tak tahu bila..InshaAllah dah masuk dalam list impian nak buat hehe..

suasana petang jam 5.30


pemandangan seindah wajah ibuku 

Selepas hampir 30 minit menunggu makanan kami pun menjamu selera. Lama tak makan Tom Yam bah.. seronok dan excited sangat sebab ini kali pertama kami makan sama-sama di Suang Souka. Kali ini istemewa sebab ada Qisya n hazim anak-anak buah yang berumur 9 bulan. Umur 9 bulan ne bole dikatakan ahli syurga sebab dorang bagaikan kain putih yang tiada dosa, setiap mata yang memandang pasti tenang tengok dorang ne sebab hati dorang masih suci dari dosa. comel2 juga tapi Hazim  sangat aktif berbanding Qisya yang baru timbang dekat klinik tu dah 9.4 KG dah dia huhu gumuk.. sangat best dipeluk hikhik..
Qisya Eryna comel!

Muhammad Hazim n maminya


Arif, anak buah sulung

Aimi tgk apa tu??

Qisya, Aunty Yah n Hazim
Anak buah yang not around are Muhammad Farish Danish n Nurfathiah Damia sebab dorang dekat Sandakan. Semoga semua anak-anak buah aunty Yah membesar jadi anak soleh n solehah berjaya dunia dan akhirat...

Wassalam ^_^ 

Saturday, September 29, 2012

parah!

keberkatan dan ilmu, sesuatu yang bagiku tidak boleh dipisahkan. Mengapa aku merasa tiada keberkatan dalm setiap ilmu yang aku timba. Tiada keikhlasan. Dimana harus aku cari? Aku merasa parah di hatiku, keras! apa harus aku lakukan????

taubat adalah penyelesaiannya...kembali pada Allah