Wednesday, April 3, 2013

Bab 1 : Jamal Abdul Nasser Membenciku

Bab 1 : Jamal Abdul Nasser Membenciku

Apabila tersedar daripada koma akibat kemalangan yang di rancang dengan teliti oleh konspirasi pihak pemerintah Mesir, Zainab al-Ghazali di khabarkan dengan satu berita yang mengejutkan oleh setiausahanya bahawa Markaz Am Jamaah Muslimat akan dibubarkan atas keputusan kerajaan Jamal Abdul Nasser. Beliau dengan tenang berkata :

"Alhamdulillah yang telah menjadikan dia takut dan membenciku. aku juga membencinya kerana Allah. malah disebabkan sifat keterlaluannya, ia menambahkan lagi keazaman kita. Di samping itu, kita juga mendapat lebih kepuasan dalam menghayati dakwah ini. itulah dakwah tauhid. kita akan menang dengan izin Allah SWT. Pengorbanan paling mudah bagi kita untuk dakwah ini ialah menjadi syahid di jalan-Nya".

pengajaran 1 --> kita hendaklah sentiasa tenang dan jangan cepat menghukum dalam apa juga keadaan.

pengajaran 2 --> bersangka baik dengan Allah

pengajaran 3 --> kebergantungan sepenuhnya pada Allah

pengajaran 4 --> cukuplah kata-kata beliau memberi makna yang mendalam buat para daie dan duat..

bersambung...

# Semoga kita sabar dan istiqamah dalam perjuangan ini

Intro "Hari-hari dalam Hidupku"

assalamualaikum shbt2..kesiannya sunyi je kan wall blog kita ne..hehe..
skrg ana sedang dlm proses mbaca buku "Hari-hari dalam Hidupku" karya Zainab al-Ghazali, susuk tubuh yang banyak menderita meninggikan kalimah Allah di Mesir..
Insya Allah ana akn mencoretkan setiap pengajaran yg ada dalam buku tu buat renungan kita bersama... pada masa yg sama motivasi tuk ana rajin mmbaca hehe ^^..

Semoga sebuah kisah benar tentang liku2 penyeksaan beliau dalam penjara Jamal Abdul Nasser di Mesir menjadi ibrah buat kita semua....