Wahai hatiku yang pemilik dan penciptamu adalah sama dengan pemilik dan pencipta hatinya. Adakah kau tenang memikirkan tatkala keluarganya mengetuk pintu untuk merisik? berhajatkan sekuntum bunga perindu syurga buat sang jejaka mereka. Adakah kau redha? kerana kau hati adalah milik Allah, pemilik segala jiwa. Menyerahkan pengabdianmu kepada Allah sepenuh jiwa raga dalam setiap istikarah dikeheningan malam itu untuk merelakan Allah sebagai Hak yang membuat pengadilan kepada hatiku dan hatimu.
Sesungguhnya, aku tidak mampu menentukan pilihan ini melainkan hidayah dan taufik daripada Allah yang maha pengasih maha penyayang. Semoga istikarah cinta ini menjadikan aku redha dan pasrah dengan apa pun kehendak Ilahi, kerana aku yakin janji Ilahi adalah pasti agar aku temui kebahagiaan yang hakiki.
Wallahuallam #_#,
No comments :
Post a Comment