![]() | |||
| ketika ajal datang tidak akan siapa dapat menghalang |
Setiap hari kita ketawa, bersenda dan tertawa lagi. Belum puas lagi, kita pula yang buat lawak sampai orang ketawa tak ingat dunia. Mungkin saat-saat ini sering sahaja kita merasa bahagia dan indah tanpa memikirkan sebentar lagi, beberapa saat lagi, sebentar detik lagi Sang Pencipta telah pun memerintahkan malaikat izrail yang tidak pernah derhaka untuk menjemput kita ke alam barzakh. Adakah pada saat itu, malalaikat akan menjemput kita dengan sapaan salam? alangkah beruntungnya jika kita termasuk dalam golongan ini, sudah ada bayang-bayang syurga menanti di sana.
Namun bagaimana pula, jika malaikat menyapa kita dengan sapaan yang kasar lebih kasar daripada seorang komando tentera lebih bengis daripada sesiapa yang dikatakan bengis di dunia. Pada ketika itu, bersediakah kita? siapkah kita? dengan segala macam soalan yang akan di lontarkan oleh munkar dan nakir di dalam liang kubur yang gelap gelita tanpa sebarang sumber cahaya. Apa yang kita bawa, harta yang banyak kah? tidak! kaum kerabat kah? tidak!! pangkat dunia kah ? tidakk!!! tidak dan bukan itu semua yang menjadi bekalan ke alam barzakh sana. pada ketika itu berdoa kita, "Aduh ya Allah tangguh kan dulu hari ini ya Allah aku belum siap lagi Ya Allah aku ingin beramal lagi untuk menyatakan cintaku pada mu Ya Allah. Aduh Ya Allah beri aku kesempatan kali ini Ya Allah!!!" kita menangis, merayu dan merayu. Tapi TIDAK! sekali-kali tidak akan ditangguhkan hari kematian setiap insan itu. Janji Allah dalam kitab suci al-Quran sudah termaktub, surah Yunus:49 menyatakan "apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun". Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Itu sunatullah, yang banyak amalannya InyaAllah dengan rahmat Allah pasti menjejak syurga . Yang banyak dosa dan maksiatnya masyaAllah neraka lah tempatnya ( aku berlindung kepada Mu ya Allah dari neraka Mu yang keras ). Bukankah dalam al-Quran begitu banyak peringatan yang Allah berikan melalui kisah-kisah umat terdahulu. Bagaimana umat terdahulu yang diberi kesempatan bertaubat namun kembali kufur kepada Allah. Walau apa pun, ketika ajal tiba, sesungguhnya tiada lagi kesempatan untuk bertaubat sahabatku.
Hanya amalan yang baik dan buruk sahaja peneman di sana, doa anak yang soleh sebagai penolongmu di sana, ada anak kah sudah jika belum bagaimana nasib mu?. Kau harap hanya pada sedekah jariah sebagai pemberat al-mizan, itu pun pernahkah kita bersedekah? ada! tapi itupun cuma seringgit, dua ringgit, aah tak sanggup nak bagi semua duit di kocek pasti ada yang tinggal. berupaya kah semua itu menjadi pemberat ketika di hari perhitungan kelak. Soal diri mu! soal dirimu sahabatku. Cepatkan taubat mu itu, jangan kau tangguh lagi.Kerana maut, apabila ia datang kepada mu nescaya tidak akan lewat walau sesaat dan tidak akan awal walau sedetik. Itu janji Rabb mu...Muhasabahlah wahai sahabatku...

No comments :
Post a Comment